Huraian Umum untuk 09/04/2014 09:30 CET
Struktur bagi kelima-lima gelombang impulsif telah selesai dan kini tibalah masa untuk pembetulan harga bagi pasangan ini. Selagi tahap utama menyediakan sokongan, maka gambaran kenaikkan harga masih berpihak kepada pedagang urusniaga harian. Penembusan pada garisan aliran emas urusniaga harian akan menjadi petunjuk pertama bagi pembangunan pembetulan harga dan pasangan diramalkan akan bergerak ke tahap yang lebih tinggi hingga ke tahap 141.11 dan 141.35 (Fibo 38%). Walau bagaimanapun, sekiranya tahap utama sokongan urusniaga harian ini ditembusi, maka pasangan mata wang ini berkeumungkinan akan diuji sekali lagi pada tahap rendah semasa urusniaga harian iaitu pada tahap 140.05.
Sokongan/Rintangan:
139.78 - WS2
140.05 - Tahap Rendah Urusniaga Harian
140.44 - Sokongan Urusniaga Harian | Tahap Utama |
140.88 - 23%Fibo
141.11 - Rintangan Urusniaga Harian
141.35 - 38%Fibo
Cadangan Perdagangan:
Aliran penurunan kini sudah matang dan pembetulan ke arah atas adalah diperlukan tidak lama lagi. Kepada para pedagang swing, anda dinasihatkan untuk menutup pesanan menjual sekiranya harga menembusi pada tahap 140.89 (Penutupan 1H di atas tahap ini) dan tunggu untuk pengulas perkembangan pasaran yang selanjutnya.
