Harga emas telah memberhentikan pergerakkan menaik pada tahap $ 1,315 yang mana ia adalah merupakan tahap rintangan penting pertama bagi dagangan jangka pendek. Aliran masih lagi menaik, tetapi harga kelihatan seperti sedang membentuk corak 'double top'. Ini menandakan bahawa pasangan mata wang ini berkemungkinan besar akan ditarik semula ke arah tahap harga $ 1,300. Ia tidak akan menukar gambaran kenaikkan harga jangka pendek kami. Selagi harga emas masih didagangkan di atas $ 1,275, maka kami meramalkan bahawa pergerakkan menaik akan lengkap berhampiran pada tahap harga $ 1,350.

Carta 4 jam menunjukkan bagaimana harga menguji garisan aliran rintangan melintang merah dan bagaimana ia cuba untuk menembusi di atas Ichimoku Cloud tersebut. Pembentukan aliran adalah menaik selagi kita dapat lihat melihat corak tahap tinggi yang lebih tinggi dan corak tahap rendah yang lebih tinggi. Seperti yang dinyatakan di dalam analisis semalam, emas berkemungkinan boleh melengkapkan gelombang 5. Oleh yang demikian, penarikan semula harga adalah sangat berpotensi. Sokongan didapati terletak pada tahap $ 1,295 - $ 1,300.

Gambaran dagangan jangka panjang saya masih tidak berubah. Saya menjangkakan bahawa pergerakkan kenaikkan harga akan selesai di atas tahap harga $ 1,320 atau juga pada penembusan harga $ 1,350. Setelah itu saya akan mencari peluang untuk menjual, Garisan aliran jangka pendek adalah menaik selagi harga didagangkan di atas $ 1,275. Aliran dagangan jangka panjang pula menyatakan arah bawah selagi harga kekal didagangkan di bawah tahap harga $ 1,391 dan tahap $ 1,100 dengan sebagai sasaran.