Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Teknikal NZD/USD untuk 09 April, 2014

parent
Analisis Forex:::2014-04-09T15:48:23

Analisis Teknikal NZD/USD untuk 09 April, 2014

Analisis Teknikal NZD/USD untuk 09 April, 2014

Huraian:

Pasangan mata wang NZD/USD ini dijangkakan akan mengukuh dengan kecenderungan kenaikkan harga selepas harga mencecah satu minggu tinggi pada tahap 0.8681 hari Selasa. Kadar harga bagi pasangan mata wang ini telah didorong oleh selera risiko pelabur yang kian meningkat dan juga mata wang dolar yang kian merosot, harga komoditi yang menggalakkan, pendirian agresif Bank Rizab New Zealand terhadap dasar kewangan dan harapan rangsangan di China. Walau bagaimanapun, keuntungan bagi pasangan mata wang NZD/USD ini telah terjejas ekoran daripada penjualan mata wang DOlar NZ semasa pasangan NZD/JPY melemah di tengah-tengah sentimen yen yang positif. Carta harian dilihat bercampur-campur sebagaimana MACD adalah penurunan harga, tetapi stochastics kini berada di dalam mod menaik.

Cadangan Perdagangan:

Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.8670 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 0.87. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada 0.8570. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 0.8530. Titik pangsi kekal terletak pada tahap 0.8625.


Tahap Rintangan:
0.8675
0.87
0.8735

Tahap Sokongan:
0.8570
0.8530
0.8510

Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...