Carta Harian: Pasangan mata wang ini dilihat telah mengukuh di atas tahap sokongan 1.6766 selepas berjaya menembusi pada tahap tersebut dengan baik. Pasangan mata wang ini berkemungkinan besar akan meningkat hingga ke tahap rintangan 1.6851. Sekiranya pasangan mata wang berjaya menembusi pada tahap tersebut, maka harga diramalkan akan meningkat ke tahap 1.7000. Petunjuk MACD kini berada didalam wilayah positif.
Carta 4H: Pasangan mata wang GBP/USD telah mengukuh di atas garisan aliran menurun berhampiran pada tahap 1.6730. Jika pasangan mata wang ini berjaya untuk membuat penembusan harga pada tahap rintangan 1.6822, maka harga diramalkan akan meningkat ke tahap 1.6950 dalam dagangan jangka masa sederhana. Walau bagaimanapun, jika pasangan mata wang ini berjaya menembusi sokongan yang terletak pada tahap 1.6785, maka adalah dijangkakan bahawa harga akan jatuh ke tahap 1.6730. Petunjuk MACD kini berada didalam wilayah positif. T

Carta 1H: Pasangan mata wang GBP/USD ini dilihat telah menembusi pada tahap 1.6750 di mana ia telah membentuk satu titik kawalan dan pasangan kini sedang membentuk corak tinggi yang lebih rendah di atas tahap harga tersebut. Sekiranya pasangan mata wang ini berjaya menembusi rintangan yang terletak pada tahap 1.6800, maka harga diramalkan akan meningkat ke tahap 1.6850. Petunjuk MACD kini berada di dalam wilayah positif.
Cadangan Perdagangan untuk Hari Ini: Berdasarkan pada carta 1H, para pedagang disarankan untuk mengambil pesanan membeli (beli) hanya sekiranya pasangan mata wang GBP/USD ini berjaya menembusi cartalilin kenaikkan harga; dengan menetapkan rintangan pada tahap 1.6800, take profit di tahap 1.6850, dan stop loss pada tahap 1.6750.