
Tinjauan Teknikal dan Carta Persediaan:
1. Pasangan mata wang EUR/JPY menghasilkan isyarat pembalikan cartalilin kenaikkan harga bercorak 'morning star' tepat pada kon garisan sokongan di sekitar tahap harga 140.00 pada hari semalam. Ini menunjukkan bahawa harga berkemungkinan akan meningkat ke tahap yang lebih tinggi dari tahap ini. Sekiranya perkiraan ini adalah benar, maka pasangan itu perlu bergerak naik sekurang-kurangnya ke arah tahap 143.00, iaitu penumpuan kon garisan rintangan juga. Kami mencadangkan kepada para pedagang untuk kekal membeli (persediaan agresif), risiko kekal ditetapkan pada 140.00.
2. Sokongan pertengahan bagi pasangan mata wang ini terletak pada tahap 140.00, diikuti dengan tahap 138.50, 136.00 dan seterusnya tahap yang lebih rendah, manakala rintangan pula ditetapkan pada tahap 143.00/50, diikuti dengan tahap 144.00 dan seterusnya tahap yang lebih tinggi, iaitu pada tahap 1.5120.
3. Struktur menunjukkan bahawa pasangan mata wang EUR/JPY berkemungkinan akan bergerak naik menuju ke arah tahap 143.00/50 semula ke arah kon garisan rintangan. Aliran penurunan harga akan mendominasi sekiranya harga menembusi tahap 140.00.
Cadangan Perdagangan:
1. Persediaan bagi pedagang agresif adalah kekal membeli pada kedudukan yang telah diambil semalam, dengan menetapkan kedudukan Stop Loss pada tahap 140.00 dan sasaran adalah terbuka.
2. Pendekatan konservatif pula mencadangkan kepada para pedagang agar kekal mendatar dan tunggu sehingga menerima pengesahan yang selanjutnya.
Semoga berjaya!