
Huraian:
- Analissis Pasangan Mata Wang USD/CHF Bgai Dagangan Jangka Pendek.
- Pasaran menunjukkan tanda-tanda kejatuhan harga. Pergerakan aliran harga bagi pasangan mata wang ini adalah kontroversi sebagaimana ia berada di dalam saluran ke arah bawah. Berdasarkan pada peristiwa-peristiwa yang terdahulu, harga masih di dagangkan di antara tahap 0.8840 dan 0.8760. Selain itu, tahap 0.8840 kini mewakili rintangan yang kuat untuk 10 April 2014. Dari sudut pandangan ini, pasangan mata wang ini berkemungkinan besar akan memulakan pergerakkan menurun daripada tahap 0.8840 dan melanjutkan pergerakkan hingga ke tahap 0.8790. Selepas itu, pasaran mungkin akan menunjukkan tanda-tanda aliran menurun. Dalam erti kata lain, para pedagang dinasihatkan untuk mengambil pesanan menjual di bawah tahap 0.8840 atau pada tahap 0.8790 dengan sasaran pertama ditetapkan pada tahap 0.8758 (sokongan mingguan 1). Walau bagaimanapun, sekiranya pasangan mata wang USD/CHF ini gagal untuk menembusi tahap sokongan mingguan 1 (0.8758), maka pasaran diramalkan akan menunjukkan peluang kenaikkan harga sedikit di atas tahap sokongan 0.8758 pada hari ini. Dalam hal ini, tawaran membeli disyorkan diambil lebih tinggi daripada tahap 0.8758 dengan sasaran pertama pada tahap 0.8800. Pasangan mata wang ini berkemungkinan akan meneruskan pembangunan aliran menaik ke tahap 0.8830.