Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis EMAS untuk 10 April, 2014

parent
Analisis Forex:::2014-04-10T11:44:30

Analisis EMAS untuk 10 April, 2014

Analisis EMAS untuk 10 April, 2014

Huraian:

Sebagaimana analisis kami sebelum ini, emas telah didagangkan dalam aliran menaik, harga telah menguji tahap 1,323.65 pada jumlah yang lebih tinggi. Analisis kami yang terdahulu masih sah dan ia menunjukkan sedikit kemajuan. Berdasarkan pada carta harian, kita dapat memerhatikan bar permintaan pada jumlah purata, yang mana ini adalah merupakan satu petanda bahawa kita boleh melihat pergerakan harga yang lebih tinggi sebelum bekalan yang lebih besar. Penarikan semula Fibonacci 38.2% kami yang terletak pada tahap harga 1,321.00 kini sedang diuji, oleh yang demikian anda dinasihatkan agar lebih berhati-hati dengan pesanan membeli Emas pada tahap harga ini. Sekiranya harga menembusi tahap 1,321.00 pada jumlah yang tinggi, maka kita boleh melihat kemungkinan harga menguji pada tahap 1,348.00 (Penarikan semula Fibonacci 61.8 %). Berdasarkan pada perspektif dagangan jangka pendek, Emas kini sedang berada di dalam kemajuan fasa pembetulan penurunan dan saya meletakkan Penarikan semula Fibonacci untuk mencari stesen penurunan harga yang pertama. Saya mendapati Fibonacci 61.8 % terletak pada tahap harga 1,263.00. Jika harga berjaya menembusi tahap 1,279.00 pada jumlah yang lebih tinggi, maka kita berpotensi untuk melihat harga menguji pada tahap 1,263.00. Saya mencadangkan kepada para pedagang agar memerhatikan peluang untuk menjual selepas penarikan semula harga. Mana-mana bekalan yang lebih besar pada jumlah yang tinggi boleh mengesahkan pergerakan penurunan harga yang selanjutnya.


Pangsi Harian Titik Fibonacci:

Tahap Rintangan:

R1: 1,314.75

R2: 1,318.11

R3: 1,323.53

Tahap Sokongan:

S1: 1,303.91

S2: 1,300.55

S3: 1,295.13

Cadangan Perdagangan: Semasa berurusniaga dengan komoditi ini, para pedagang dinasihatkan untuk lebih berhati-hati dengan pembelian dagangan jangka pendek pada tahap ini sebagaimana emas kini sedang berada di dalam fasa pembetulan penurunan harga utama. Perhatikan peluang untuk menjual selepas harga ditarik semula.


Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...