Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Teknikal USD/JPY untuk 10 April, 2014

parent
Analisis Forex:::2014-04-10T12:37:26

Analisis Teknikal USD/JPY untuk 10 April, 2014

Analisis Teknikal USD/JPY untuk 10 April, 2014

Huraian:

Pasangan mata wang USD/JPY ini dijangkakan akan diniagakan dalam julat yang lebih tinggi. Kadar harga bagi pasangan mata wang ini telah didorong oleh penurunan jumlah rayuan untuk safe-haven dan dana pembiayaan perdagangan yen di tengah-tengah sentimen risiko global yang positif (tolok ketakutan VIX susut 7.19% kepada 13.82; S&P naik 1.09% semalaman) selepas minit mesyuarat dasar Rizab Persekutuan bulan lalu tidak menunjukkan tanda-tanda bahawa kenaikan kadar faedah akan dipercepatkan dan juga menunjukkan bahawa pengubal dasar mahu mengelakkan persepsi bahawa Fed lebih bersedia untuk mengetatkan dasar monetari. Harga bagi pasangan mata wang USD/JPY ini juga disokong oleh permintaan dari pengimport Jepun dan amanah pelaburan. Tetapi keuntungan bagi pasangan USD/JPY telah terjejas ekoran daripada penjualan pengesport Jepun, jangkaan bahawa Bank Jepun akan mengurangkan lagi perlonggaran selepas keputusan dasar pada hari Selasa, sentimen USD negatif (spot Indeks dolar ICE terakhir 79.52 berbanding 79.79 awal hari Rabu) pada minit mesyuarat FOMC. Pasangan mata wang yen terdedah kepada laporan data imbangan perdagangan China bagi bulan Mac yang dijadualkan akan diketahui sekitar jam 0200 GMT nanti (ramalan eksport +4.2%, import +2.8%, lebihan $ 1.75 bilion).


Ulasan Teknikal: 

Carta harian dilihat masih berkecenderungan negatif sebagaimana MACD dan Stokastik berada di dalam aliran penurunan harga.

Cadangan Perdagangan: 

Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 101.45; penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 101.20. Titik pangsi kekal berada pada tahap 102.30. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Bagi situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 102.65 dan sasaran kedua pada tahap 103.

Tahap Rintangan:
102.65
103
103.45

Tahap Sokongan: 
101.45
101.20
101

Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...