Harga emas telah ditarik kembali ke arah bawah menembusi tahap sokongan jangka pendek dan saluran aliran menaik condong. Harga emas kini sedang didagangkan pada tahap harga $ 1,314 dan sepertimana yang telah kita ramalkan semalam, tahap atas jangka pendek diletakkan di atas tahap $ 1,325 dan ini adalah berkemungkinan besar gelombang A. Kami juga memberikan sasaran untuk penarikan semula harga hari semalam dan harga kelihatan seolah-olah sudah hampir menembusinya. Gelombang B ke arah bawah telah bermula dan dijangkakan akan bergerak ke arah Ichimoku Cloud.
Sasaran penarikan semula harga saya untuk gelombang B ke arah bawah adalah di antara tahap $ 1,300 dan $ 1,308. Ini tidak bermakna bahawa penurunan harga yang telah bermula semalam tidak boleh pergi ke mana-mana tahap yang lebih rendah. Sehingga kini, struktur lebih besar, saya percaya bahawa apabila penurunan ini berakhir berhampiran pada tahap $ 1,300, kita akan dapat melihat satu lagi pergerakkan ke tahap yang lebih tinggi ke arah $ 1,350.
Emas gagal untuk menembusi di atas penarikan semula Fibonacci 38%. Penolakan ini akan membawa harga Emas ke tahap yang lebih rendah. Saya meramalkan bahawa pengakhiran bagi pergerakkan pembetulan menaik akan berlaku berhampiran pada tahap penarikan semula hargat 50%. Walau bagaimanapun, penembusan harga di bawah tahap $ 1,275 berpotensi untuk mengubah senario ini. Aliran penurunan harga jangka panjang dan kita terutamanya perlu memberi fokus kepada kedudukan menjual sebagaimana sasaran jangka panjang terletak pada tahap $ 1,100.