Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Teknikal NZD/USD untuk 18 April, 2014

parent
Analisis Forex:::2014-04-18T11:30:21

Analisis Teknikal NZD/USD untuk 18 April, 2014

Analisis Teknikal NZD/USD untuk 18 April, 2014

Huraian:

Pasangan mata wang NZD/USD ini dijangkakan didagangkan di dalam julat yang lebih rendah. Sebagaimana pasaran kewangan di New Zealand telah ditutup pada hari ini bersempena cuti Good Friday dan Easter pada hari Isnin. Kadar harga bagi pasangan mata NZD/USD ini telah dipengaruhi oleh sentimen dolar yang positif dan kesan yang melemah akibat daripada CPI New Zealand pada suku pertama dan penjualan dolar NZ semasa pasangan AUD/NZD mengukuh. Walau bagaimanapun, kerugian bagi pasangan mata wang NZD/USD ini juga telah diganggu oleh permintaan dolar NZ pada pasangan NZD/JPY di tengah-tengah selera risiko yang positif dan pendirian dasar monetari agresif oleh RBNZ dan pelarasan jawatan sebelum hujung minggu. Carta harian dilihat berkecenderungan negatif sebagaimana MACD dan stokastik adalah aliran penurunan harga.

Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.8570. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 0.8545. Titik pangsi kekal berada pada tahap 0.8630. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Bagi situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 0.8660 dan sasaran kedua pada tahap 0.8690.

Tahap Rintangan:
0.8660
0.8690
0.8625

Tahap Sokongan:
0.8570
0.8545
0.85

Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...