EUR/USD: Ia adalah masih selamat untuk memanggil pasangan ini pasaran kenaikkan harga. Selagi harga didagangkan di atas garisan sokongan pada tahap 1.3800, tinjauan kenaikkan harga adalah sah. Mana-mana pergerakkan harga di bawah garisan sokongan akan menandakan ancaman yang serius kepada prospek kenaikkan harga. Ia juga bermakna bahawa perdagangan membeli harus ditutup. Bagi memastikan prospeks kenaikkan harga berterusan, harga perlu menuju ke arah atas iaitu ke garisan rintangan pada tahap 1.3850 dan 1.3900 , terutamanya apabila terdapat penembusan pada zon keseimbangan semasa.

USD/CHF: Pasangan mata wang USD/CHF telah menyatakan isyarat kenaikkan harga: harga berkemungkinan akan menguji rintangan yang terletak pada tahap 0.8850 dengan mudah. Bahkan terdapat kemungkinan bahawa harga berkemungkinan akan menembusi di atas sasaran tersebut, terutamanya dengan peningkatan dalam tekanan belian. Oleh itu, ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan apabila harga menembusi rintangan seterusnya yang terletak padatahap 0.8900.

GBP/USD: Masih terdapat Corak Pengesahan kenaikkan harga pada instrumen dagangan ini. Pergerakan kenaikkan harga telah dicabar di wilayah pengedaran pada tahap 1.6800, tetapi pasaran dilihat telah bersedia untuk menembusi wilayah pengedaran ke arah atas. Pasaran akan dapat mengatasinya: kebarangkalian adalah sangat tinggi. Oleh itu, kita boleh mensasarkan wilayah pengedaran seterusnya pada tahap 1.6900 minggu ini.

USD/JPY: Isyarat di dalam carta menyatakan isyarat 'membeli'. Petunjuk pada carta 4-jam mengesahkan. Tahap bekalan yang terletak pada 102.50 telah diuji, dan ia berkemungkinan akan ditembusi sebagaimana harga kini sedang menuju ke arah atas, menuju ke arah bekalan pada tahap 103.00.

EUR/JPY: Pasangan mata wang ini ditutup pada tahap 141.41 minggu lalu; dengan beberapa penentuan kenaikkan harga. Kami ingin mencari pesanan membeli pada minggu ini, dengan menetapkan sasaran awal di zon bekalan 142.00.
