Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Ramalan Mingguan GBP/USD untuk 22-25 April, 2014

parent
Analisis Forex:::2014-04-22T03:37:36

Ramalan Mingguan GBP/USD untuk 22-25 April, 2014

Setelah bercuti selama tiga hari, para pedagang kini telah kembali ke pasaran sebagaimana terdapat sedikit maklumat pada kalendar ekonomi. Pasangan mata wang GBP/USD telah didagangkan dalam aliran menaik daripada tahap 1.6465. Pasangan mata wang kini sedang berhadapan dengan rintangan yang kuat pada tahap 1.6823 (Tahap tinggi 17 Februari). Pasangan mata wang ini dilihat telah cuba untuk menembusi tahap R1 dari minggu lalu. Terdapat percubaan sebanyak 4 kali, namun kesemua percubaan tersebut telah menemui kegagalan. Namun begitu, pasangan mata wang ini dilihat telah menembusi tahap 1.6823 dan mencatatkan rekod tahap tinggi di tahap 1.6842 tetapi harga gagal untuk menutup di atas paras R1 tersebut. Dalam sesi dagangan semalam , harga juga telah terperangkap di tahap 1.6823. Merujuk pada carta harian, RSI kini terletak di zon terlebih beli. Sekiranya penutupan harian berlaku di atas tahap 1.6823, maka pasangan ini diramalkan akan melonjak naik hingga ke tahap 1.6906. Tahap sokongan utama bagi minggu ini diliha terletak pada tahap 1.666. Pada aliran menurun, tahap 1.666, 1.6554 dan 1.6465 akan bertindak sebagai tahap sokongan utama. Untuk aliran menaik, sekiranya penutupan harian berlaku di atas tahap 1.6823, maka pasangan mata wang ini diramalkan akan melonjak ke tahap 1.6841, 1.6875,1.6906, dan 1.7043 adalah merupakan tahap sasaran terbuka.

Berdasarkan pada carta harian dan mingguan, RSI kini sedang menyatakan kenaikkan harga yang terhad dan corak perdagangan untuk bulan baru Mei telah bersedia untuk pembetulan harga. Ini adalah merupakan pendapat peribadi saya semata-mata. Pedagang (berisiko) kini sedang menanti untuk mengambil pesanan menjual dengan menetapkan kedudukan SL pada tahap 1.6823 pada asas penutupan atau mengambil pesanan menjual pada tahap yang lebih tinggi 1.69. Pasangan mata wang ini akan menghasilkan volatiliti yang lebih besar dalam dagangan jangka masa pendek. Sebaik sahaja pasangan mata wang ini selesai pembetulan, kami menjangkakan bahawa harga akan bergerak ke tahap baru yang lebih tinggi bagi pasangan ini sehingga harga di dagangkan di atas tahap 1.6350.

Ramalan Mingguan GBP/USD untuk 22-25 April, 2014

Urusniaga Harian -

Pasangan mata wang ini mempunyai sokongan pada tahap 1.6783; selagi pasangan mata wang ini mengukuh di tahap ini, maka harga diramalkan akan melonjak naik hingga ke tahap 1.6819. Pada masa ini, harga sedang didagangkan di dalam julat di antara tahap harga 1.6819-1.6783. RSI di dalam carta 4H dilihat tidak memihak kepada pembeli. Sekiranya terdapat pergerakkan menaik, para pedagang dinasihatkan untuk mengambil pesanan menjual di setiap kenaikan. Mengambil pesanan menjual semasa kenaikkan harga adalah merupakan strategi terbaik untuk dagangan jangka masa terdekat dan pendek. 'Safe traders' boleh mengambil pesanan menjual di bawah tahap 1.6783 dengan menetapkan sasaran di tahap 1.6774 dan 1.6720.

S1 1.6783 R1 1.6819

S2 1.6772 R2 1.6841

S3 1.6720 R3 1.6875

Ramalan Mingguan GBP/USD untuk 22-25 April, 2014
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...