EMAS
PMI Bukan Pembuatan ISM - Kajian
Aktiviti ekonomi sektor bukan perkilangan di Amerika Syarikat telah merekodkan kenaikkan pada bulan April untuk bulan ke-51 berturut-turut, menurut eksekutif pembelian dan bekalan negara dalam laporan terkini ISM Bukan Pembuatan. Indeks Aktiviti Pembuatan Bukan Perniagaan meningkat dengan ketara kepada 60.9 peratus, iaitu 7.5 peratus lebih tinggi berbanding bacaan bulan Mac yang mencatatkan sebanyak 53.4 peratus, mencerminkan pertumbuhan untuk bulan ke-57 berturut-turut pada kadar yang lebih cepat. Pertumbuhan dalam sektor perkhidmatan AS juga telah dipercepatkan pada bulan April, meningkat pada kadar terpantas dalam tempoh lapan bulan, pesanan baru melonjak dan aktiviti keseluruhan dipercepatkan sejak awal tahun 2008.
Analisis teknikal
Ramalan - Emas meningkat kepada tahap yang paling utama. Pada masa ini, emas sedang menetapkan julat dagangan di antara tahap harga $ 1,316-$ 1,297. Penembusan harga pada mana-mana bahagian akan mewujudkan ruang yang lebih untuk perdagangan menaik/menurun. Sekiranya emas berjaya menembusi tahap rintangan menaik yang terletak pada tahap $ 1,316, maka adalah diramalkan bahawa harga akan elonjak hingga ke tahap $ 1,320, $ 1,322, $ 1,330.60 dan $ 1,334.60. Pergerakkan menaik baru akan mengukuh hanya di atas paras $ 1,335, mengambil pesanan menjual semasa kenaikkan harga adalah merupakan strategi perdagangan terbaik. Di sebelah bawah, sekiranya komoditi ini gagal untuk menembusi tahap $ 1,316, maka harga diramalkan akan jatuh hingga ke tahap $ 1,285.

Urusniaga Harian- tahap utama terletak pada tahap $1,316, pada aliran menurun, pada tahap $1,306.
Emas telah memulakan dagangan dalam aliran menaik pada masa kini. Tahap tinggi semalam adalah merupkan tahap yang amat penting untuk minggu ini, aliran kenaikkan harga perlu menembusi pada tahap $ 1,316. Jangan mengambil pesanan membeli baru sehingga harga menembusi SMA50 pada tahap $ 1,316. Sekiranya harga berjaya menembusi pada tahap tersebut, maka harga diramalkan akan melonjak hingga ke tahap $ 1,320, $ 1,322 adalah merupakan tahap sasaran serta-merta. Pada masa ini, emas sedang didagangkan di atas tahap $ 1,300, ia adalah merupakan gambaran kenaikkan harga kecil di dalam asas teknikal. Sekiranya emas gagal untuk menembusi tahap $ 1,316, maka adalah dijangkakan bahawa harga emas akan jatuh ke tahap $ 1,303, $ 1,300 dan $ 1,297 pada asas urusniaga harian. Oleh itu, kami mengesyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan menjual dengan menetapkan sasaran pada tahap $ 1,306.60, $ 1,303, $ 1,301.80, $ 1299, $ 1,296.5 dan $ 1,294. Ambil pesanan menjual semasa kenaikkan harga dan menambah pesanan menjual sebaik sahaja harga menembusi pada tahap $ 1,306. Pada masa ini, julat dagangan sempit bagi emas terletak di antara tahap $ 1,316 - $ 1,306.

Cadangan Perdagangan- cmp $1,311.
Strategi Pedagang -
Ambil pesanan menjual di bawah tahap $1,306.
Ambil pesanan membeli di atas tahap $1,316.
Pedagang Positional -
Ambil pesanan menjual semasa kenaikkan harga atau pada cmp, emas akan menjunam.
Aplikasikan strategi dan berdaganglah dengan selamat.