Harga emas telah merekodkan tahap tinggi jangka pendek baru yang lebih tinggi pada hari semalam di atas tahap $ 1,315 dan ia kelihatan cukup kuat untuk bergerak ke tahap lebih tinggi. Kebanyakannya harga emas yang mengukuh pada hari semalam kini sedang membentuk corak bendera kenaikkan harga. Harga kini sedang didagangkan di atas tahap rintangan jangka pendek dan berada di atas awan Ichimoku di dalam carta 4 jam.

Aliran jangka pendek menyatakan pergerakkan menaik. Selagi harga emas kekal di dagangkan di atas tahap $ 1,308, maka kita boleh menjangkakan corak harga akan membuat penembusan kenaikkan harga menuju ke arah $ 1,330. Sekiranya tahap sokongan yang terletak pada tahap $1,308 ini berjaya ditembusi, maka adalah diramalkan bahawa kita akan berhadapan dengan penarikan semula harga emas ke arah awan Ichimoku pada tahap $ 1,295.

Harga emas dilihat telah berjaya menembusi di atas tahap $ 1,275 di dalam carta harian, dan sebagaimana yang telah dinyatakan dalam analisis kami sebelum ini, sekiranya ini berlaku, maka kita harus menjangkakan bahawa harga Emas akan menguji tahap tertinggi $ 1,331. Merujuk pada carta di atas, saya telah menyatakan perkiraan gelombang yang paling berkemungkinan. Saya percaya bahawa emas kini sedang berada di dalam gelombang C dan kita mempunyai banyak ruang untuk bergerak ke arah menuju ke tahap $ 1,350-60. Selagi kita tidak melihat penembusan urusniaga harian pada tahap harga $1,268 atau penutupan harian di bawah $ 1,275, maka ini bermakna bahawa aliran kenaikkan harga masih selamat.