
Huraian
Berdasarkan pada carta 4H yang dinyatakan, pasangan mata wang ini dilihat telah menemui kegagalan lebih daripada sekali dalam cubaan untuk menembusi sokongan yang terletak pada tahap 172.00 dan ia masih didagangkan di atas tahap tersebut sejak semalam. Merujuk pada carta 4H hari ini, pasangan mata wang ini kelihatan telah melantun dari kawasan Sokongan sekali lagi dan mula mengambil pergerakkan sedikit menaik menghampiri tahap rintangan pada 172,80. Pada masa ini, saya lebih gemar untuk menasihatkan para pedagang untuk menunggu sehingga harga menutup di atas tahap rintangan ini sebelum mengambil sebarang keputusan dan dalam hal ini kita akan mendapat isyarat kenaikkan harga yang selanjutnya dengan sasaran pertama terletak beberapa pips di bawah tahap rintangan seterusnya, iaitu pada tahap 173.50 dan seterusnya tahap 174.00 sebagai sasaran kedua. Walau bagaimanapun, penutupan harga di bawah tahap rintangan 172.80 berpotensi untuk membatalkan senario kenaikkan harga.
Tahap Rintangan dan Sokongan: R3 (174.00), R2 (173.50), R1 (172.80), S1 (172.00), S2 (171.50), S3 (171.00).