
Huraian:
Pasangan mata wang USD/JPY ini diramalkan akan diniagakan dalam julat yang lebih rendah. Kecairan mata wang di Asia adalah lebih kecil sebagaimana pasaran kewangan di Jepun, Hong Kong, dan Korea Selatan telah ditutup pada hari Selasa bersempana cuti umum. Kadar harga bagi pasangan mata wang USD/JPY ini telah didorong oleh dana pembiayaan perdagangan yen sewaktu selera risiko pelabur positif (S&P 500 ditutup 0.19 % lebih tinggi pada hari semalam pada 1,884.66) ekoran kenaikan yang lebih kukuh berbanding ramalan di dalam laporan PMI Bukan Pembuatan ISM Amerika Syarikat yang merekodkan 55.2 pada bulan April bebranding 53.1 pada bulan Mac (berbanding 54.1 pada ramalan); mengatasi data perkilangan China yang mengecewakan ( PMI Pembuatan Akhir HSBC China bagi bulan April dicatatkan sebanyak 48.1 berbanding bacaan awal 48.3), dan keganasan yang tercetus di Ukraine. Pasangan mata wang USD/JPY ini juga telah didorong oleh PMI Perkhidmatan Akhir Markit AS pada bulan April yang mencatatkan sebanyak 55.0 berbanding anggaran kilat 54.2, kenaikan dalam Indeks Aliran Pekerjaan Lembaga Persidangan AS kepada 118 pada bulan April berbanding semakan semula sebanyak 117.77 pada bulan Mac (dilaporkan sebanyak 117.52), dan kadar hasil Perbendaharaan AS yang lebih tinggi dan perintah penjualan yen daripada pengimport Jepun. Walau bagaimanapun, keuntungan bagi pasangan mata wang USD/JPY telah terjejas akibat daripada pesanan pembelian yen daripada pengeksport Jepun.
Ulasan Teknikal:
Carta harian dilihat bercampur-campur sebagaimana MACD dan Stokastik adalah aliran penurunan harga, walau bagaimanapun purata pergerakkan 5 hari masih memihak kepada pergerakkan mendatar.
Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 101.45; penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 101.30. Titik pangsi kekal berada pada tahap 101.95. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Bagi situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 102.20 dan sasaran kedua pada tahap 102.50.
Tahap Rintangan:
102.20
102.50
102.80
Tahap Sokongan:
101.45
101.30
101.10