EMAS
Harga emas telah terjejas dengan teruk akibat daripada pengumuman berita asas oleh Putin (isu Geo politik, krisis di Ukraine) dan ulasan Pengerusi Persekutuan mengenai pengukuhan mata wang dolar AS. Dolar AS meningkat sedikit berbanding mata wang utama yang lin, walau bagaimanapun ia masih lagi kekal menghampiri ke tahap rendah enam bulan.
Pada sesi dagangan semalam, emas telah mencatatkan penurunan yang ketara disebabka oleh berita fundamental dan disokong oleh tahap teknikal (Fib 61.8). Untuk sesi perdagangan hari ini, emas dilihat telah berubah kepada "penarikan semula harga" dan untuk pedagang 'positional', anda disarankan untuk menjual semasa harga melonjak naik sehingga ia menembusi pada tahap harga $ 1,330.70. Di Asia, emas diniagakan pada tahap $ 1,289.
Bagi aliran menurun, komoditi ini dilihat mempunyai sokongan yang kuat pada tahap $ 1,284.70. Pusingan menjual yang seterusnya hanya akan diletakkan di bawah tahap $ 1,284 ke arah tahap $ 1,280, $ 1,277 dan $ 1,273.80. Kami begitu yakin bahawa harga akan ditarik semula daripada cmp atau pada harga rendah hari ini. Kami akan mengambil pesanan menjual sekali lagi pada tahap yang lebih tinggi mungkin pada hari esok atau Isnin hadapan. Bagi aliran menaik, emas dilihat sedang berhadapan dengan rintangan yang kuat pada tahap $ 1,292 , di atas tahap tersebut, harga diramalkan akan menuju ke arah tahap $ 1,297.60, $ 1,300 dan $ 1,302. 'Safe teraders' boleh mengambil pesanan membeli semasa urusniaga harga rendah atau di atas $ 1,292. Sekiranya terdapat berita fundamental yang negatif semasa sesi perdagangan hari ini, maka emas diramalkan akan jatuh ke ruangan terhad, pada tahap ini para pedagang boleh mengambil pesanan membeli pada carta setiap jam mahupun carta harian.

Cadangan Perdagangan-
Ambil pesanan memebli pada cmp $1,289.50 atau urusniaga harga rendah pada tahap $1,292, $1,297.60, $1,300, $1,302 dan $1,304.30.