EUR/USD: Pasaran bagi pasangan mata wang ini didagangkan dalam aliran menaik - pasaran yang kukuh. Sasaran yang terletak pada garisan rintangan 1.3950 kekal sebagai kawasan keuntungan terbaik meskipun terdapat penarikan semula penurunan harga di dalam pasaran. Seperti kebiasanya, garisan sokongan yang terletak pada tahap 1.3900 akan bertindak sebagai penghalang untuk penarikan semula penurunan harga. Garisan rintangan yang telah dinyatakan di atas telah pun diuji, dan harga berkemungkinan akan kembali pada tahap tersebut untuk menguji sekali lagi dan mungkin juga menembusinya untuk aliran menaik.

USD/CHF: Pasaran bagi pasangan mata wang ini didagangkan dalam aliran menaik -pasaran yang agak lemah. Sasaran yang terletak pada garisan sokongan 0.8700 kekal sebagai tahap sasaran yang terbaik meskipun terdapat penarikan semula kenaikkan harga di dalam pasaran. Seperti kebiasanya, garisan rintangan yang terletak pada tahap 0.8800 akan bertindak sebagai penghalang untuk penarikan semula kenaikkan harga. Tahap sokongan yang telah dinyatakan di atas berkemungkinan telah diuji, dan harga juga berkemungkinan telah menembusinya untuk aliran menurun.

GBP/USD: Pasangan mata wang GBP/USD ini kekal mengukuh. Meskipun terdapat sedikit penarikan semula harga di dalam carta ini, sasaran pada wilayah pengedaran 1.7000 adalah masih tidak berubah. Penarikan semula harga yang cetek ini perlu dihalang pada wilayah pengumpulan 1.6900, mana-mana pergerakan harga dibawah tahap ini diramalkan akan memberikan ancaman yang serius kepada prospek kenaikkan harga.

USD/JPY: Isyarat 'menjual' seperti yang dinyatakan di dalam carta ini adalah masih sah. Harga kini sedang di dagangkan di bawah EMA 56 dan tempoh RSI 14 terletak di bawah tahap harga 50. Harga perlu menembusi di bawah tahap permintaan 101.50.; jika tidak aliran menurun akan menjadi tidak kuat.

EUR/JPY: Pasangan mata wang EUR/JPY boleh dinyatakan sedang berdagang dalam zon keseimbangan, untuk itu tidak terdapat sebarang penentuan arah setakat ini. Beberapa buah data fundamental dijadualkan akan dikeluarkan pada hari ini, dan ia berpotensi akan memberikan kesan terhadap pasaran. Mungkin ada tidak lama lagi akan terdapat penembusan harga.
