
Tinjauan Teknikal dan Carta Persediaan:
1. Pasangan mata wang EUR/JPY kelihatan seolah-olah akan melantun pada garisan aliran sokongan sebagaimana yang dapat anda perhatikan di sekitar tahap 139.00. Selain itu, para pedagang juga harus diingatkan bahawa sokongan Fibonacci menaik 0.618 yang terletak di antara tahap 136.00 dan 143.50 adalah melalui wilayah yang sama. Saya mencadangkan kepada para pedagang untuk mula mengambil pesanan membeli pada masa sekarang, dengan menetapkan risiko di bawah tahap 138.00.
2. Sokonganbagi pasangan mata wang ini dilihat terletak pada tahap 138.00, 138.40, dan diikuti dengan tahap 136.00, 134.00 dan seterusnya tahap yang lebih rendah. Manakala rintangan pula berada pada tahap 141.00, dan diikuti masing-masing dengan tahap 142.50, 143.50/144.00 dan 145.50.
3. Struktur menunjukkan bahawa pasnagan mata wang EUR/JPY ini perlu untuk mengadakan perubahan arah aliran menaik dari tahap harga semasa pada 139.00.
Cadangan Perdagangan:
Kekal membeli, dengan menetapkan kedudukan Stop Loss dibawah tahap 138.00, dan sasaran adalah terbuka.
Semoga berjaya!