GBP/JPY
Ramalan-
Pasangan mata wang ini telah didagangkan dalam aliran menurun dari tahap 173.45. Harga telah ditolak tiga kali pada tahap yang lebih tinggi di sekitar tahap 173.57 (Tahap tinggi 7 Mac). Untuk kelima-lima sesi perdagangan, pasangan mata wang ini telah mengukuhkan di antara tahap 171.01-170.01.
Gambaran Penurunan Harga - Positional
Purata pergerakkan jangka pendek telah ditembusi dan menutup di bawah tahap tersebut, yang mana ia telah menyatakan isyarat penurunan harga dalam dagangan jangka pendek, menyasarkan pada tahap 1 - 2 bulan lebih rendah.
Penembusan garisan aliran harga yang lebih rendah 3 bulan, ia telah membentuk corak 'double top' pada tahap 170.95.
Pasangan mata wang ini diliaht telah gagal untuk menembusi SMA 50 hari. RSI cenderung kepada strategi "menjual pada kenaikkan harga".

Intraday-
Dalam sesi dagangan Asia, pasangan mata wang kini dilihat sedang didagangkan pada tahap 170.70. Pasangan mata wang kini sedang didagangkan di dalam julat di antara 170.37-170.75. Merujuk pada gambaran yang lebih luas, harga mengukuh di antara tahap 171.01-170.01. Pengayun setiap jam menyatakan satu perbezaan positif dalam carta 4H. Pasangan mata wang ini dilihat berkemungkinan untuk menyentuh pada tahap 171.21 dan 171.42 dan 17.80 jika pasangan ini berjaya menembusi dan mengukuh diatas tahap 171.01. Pada tahap yang lebih rendah, jika pasangan mata wang ini menembusi pada tahap 170.0, maka harga diramalkan akan melanjutkan penurunan ke tahap 169.80, 169.7 dan 169.49.

Cadangan Perdagangan - cmp 170.60.
Ambil pesanan membeli di atas tahap 171.02 dan sasaran ditetapkan pada tahap 171.20 dan 171.42.
Ambil pesanan menjual di bawah tahap 170 dengan menetapkan sasaran pada tahap 169.80, 169.7 dan 169.49.
Sekiranya harga menutup di atas tahap 171, maka harga dijangkakan akan meningkat ke tahap 171.25, 171.75 dan 172.