
Tinjauan Teknikal dan Carta Persediaan:
1. Pasangan mata wang GBP/CHF akhirnya telah diterbalikan hanya daripada tahap 1.5050/60 sebagaimana yang dapat anda lihat di sini. Saya mencadangkan kepada para pedagang untuk mula membuka kedudukan menjual atau kekal menjual pada tahap yang telah ambil sebelum ini, risiko kekal terletak pada tahap 1.5120. Pasangan mata wang GBP/CHF ini juga diramalkan akan ditarik semula menuju ke arah bawah sekurang-kurangnya ke tahap 1.4700 jika tidak bergerak ke tahap yang lebih rendah lagi.
2. Sokongan bagi pasangan mata wang ini dilihat terletak pada tahap 1.4900, diikuti dengan tahap 1.4780, 1.4630, 1.4550, 1.4450 dan seterusnya tahap yang lebih rendah. Manakala tahap rintangan kekal terletak pada 1.5120.
3. Struktur menunjukkan bahawa harga bagi pasangan mata wang GBP/CHF ini telah mula ditarik semula menuju ke arah tahap 1.4680 dari sini. Ia akan menjadi kemasukan tawaran membeli berpotensi yang seterusnya.
Cadangan Perdagangan:
Ambil pesanan menjual, dengan menetapkan kedudukan Stop Loss pada tahap 1.5100/20, dan sasaran di tahap 1.4700.
Semoga berjaya!