Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Harian USD/JPY untuk 22 Mei, 2014

parent
Analisis Forex:::2014-05-22T11:18:30

Analisis Harian USD/JPY untuk 22 Mei, 2014

Analisis Harian USD/JPY untuk 22 Mei, 2014

Huraian:

Pasangan mata wang USD/JPY ini diramalkan akan diniagakan dengan risiko yang lebih tinggi selepas harga mencecah tahap rendah tiga bulan setengah rendah 100.81 pada hari Rabu. Kadar harga bagi pasangan mata wang ini telah didorong oleh dana pembiayaan perdagangan yen di tengah-tengah selera risiko pelabur yang kian positif (Tolok ketakutan VIX susut 8.1% kepada 11.91) sebagaimana saham-saham AS telah menunjukkan peningkatan semalam (S&P 500 ditutup naik 0.81% pada 1,888.03), harga juga disokong oleh data dari UK dan minit mesyuarat FOMC yang mencatatkan angka positif. Ini menunjukkan bahawa para pegawai tidak tergesa-gesa dalam menaikkan kadar faedah kerana mereka peka terhadap beberapa kebimbangan mengenai pasaran perumahan namun masih mengekalkan pandangan mereka untuk meningkatkan pertumbuhan pada tahun ini. Kadar harga bagi pasangan mata wang USD/JPY ini juga telah disokong oleh permintaan dari pengimport Jepun, kadar hasil Perbendaharaan AS yang lebih tinggi. Walau bagaimanapun, keuntungan USD/JPY juga telah terjejas akibat daripada ualsan Gabenor Bank Jepun, Kuroda pada Rabu yang menyatakan bahawa bank pusat tidak akan mengambil tindakan yang tergesa-gesa dalam perlonggaran dasar yang selanjutnya dan jualan pengeksport Jepun.


Ulasan Teknikal:

Carta harian kelihatan bercampur-campur sebagaimana MACD adalah penurunan harga, purata pergerakkan lima dan 15 hari semakin menurun. Walau bagaimanapun stokastik kini sedang beralih kepada aliran menaik di zon terlebih jua.

Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 101.90 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 102.10. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada 101.05. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 100.80. Titik pangsi kekal terletak pada tahap 101.25.

Tahap Rintangan:
101.90
102.10
102.45

Tahap Sokongan:
101.05
100.80
100.30

Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...