Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Tahap teknikal urusniaga harian dan cadangan dagangan EUR/AUD untuk 22 mei, 2014

parent
Analisis Forex:::2014-05-22T15:51:11

Tahap teknikal urusniaga harian dan cadangan dagangan EUR/AUD untuk 22 mei, 2014

Tahap teknikal urusniaga harian dan cadangan dagangan EUR/AUD untuk 22 mei, 2014Tahap teknikal urusniaga harian dan cadangan dagangan EUR/AUD untuk 22 mei, 2014

Pada 24 Mac,penurunan harga pada tahap 1.5175, corak Double Top bukan sahaja mencapai sasaran unjuran di tahap 1.4820-1.4800, tetapi ia juga mengesahkan corak "head and shoulder"yang lebih besar.


Penurunan harga berjaya menembusi 1.4950 yang bersamaan dengan 50 % tahap Fibonacci sebelumnya ( tahap sokongan terdekat). Ini mendedahkan tahap harga pada 1.4750 (61.8 % Fibonacci) pada 10 Mac.


Sebelum ini,penarikan semula harga menaik telah dimulakan pada tahap 1.4670. Dua graf kenaikan harga di atas 1.4950 (tahap Fibonacci 50% pada carta harian ) telah dilaksanakan. Walau bagaimanapun,kenaikan harga gagal untuk meneruskan pergerakan menaik yang membawa kepada kegagalan percubaan pergerakan menaik.


Sebaliknya, tahap sokongan urus niaga harian di sekitar 1.4850 gagal untuk memberikan sokongan yang mencukupi untuk pasangan. Sebaliknya, penembusan penurunan harga berlaku menolak ke arah 1.4730 (61.8 % tahap Fibonacci ) yang ditembusi serta seperti yang digambarkan pada carta.


Secara keseluruhan, carta harian mencadangkan kecenderungan menurun terutamanya apabila graf lilin harian dikekalkan penutupan di bawah 1.4700.


Sebaliknya, zon harga di atas 1.4570-1.4520 memberikan sokongan yang kuat untuk berhenti seketika ketika momentum menurun yang sedang bergerak.


Pasangan itu kembali berdagang di atas 1.4740 (61.8 % Fibonacci) sebagai sokongan yang kukuh sekarang dan mungkin mensasarkan tahap di sekitar 1.4900 untuk ujian semula.


Zon harga 1.4870-1.4900 mewakili pergerakan sebelumnya dengan corak baji yang berjaya.


Ujian semula zon harga ini mungkin akan menawarkan kemasukan jual yang sah dengan SL terletak di atas 1.4950.

Analyst InstaForex
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...