Carta Harian: Pasangan mata wang GBP/USD ini dilihat telah jatuh di bawah tahap rintangan 1.6851, sejurus selepas pasangan mata wang ini membuat penarikan semula harga pada tahap ini. Pasangan mata wang GBP/USD berkemungkinan akan jatuh ke tahap sokongan yang terletak pada 1.6766, di mana tahap ini adalah bersamaan dengan garisan aliran menaik. Walau bagaimanapun, sekiranya pasangan ini berjaya menembusi pada tahap sokongan, maka harga diramalkan akan jatuh ke tahap 1.6663. Petunjuk MACD kini sedang memasuki wilayah neutral.


Carta 1H : Pasangan mata wang ini dilihat telah mengukuh di bawah titik kawalan pada pembetukan corak penurunan harga, dan pasangan mata wang GBP/USD kini berkemungkinan besar akan jatuh hingga ke tahap sokongan 1.6800. Sekiranya pasangan mata wang ini berjaya menembusi pada tahap harga tersebut, maka harga dijangkakan akan jatuh ke tahap 1.6750. Petunjuk MACD kini dilihat sedang memasuki terlebih jual.

Cadangan Perdagangan untuk Hari Ini: Berdasarkan pada carta 1H, para pedagang disarankan untuk mengambil pesanan membeli (beli) hanya sekiranya pasangan mata wang GBP/USD ini berjaya menembusi cartalilin kenaikkan harga; dengan menetapkan rintangan pada tahap 1.6850, take profit di tahap 1.6900, dan stop loss pada tahap 1.6800.