
Tinjauan Teknikal dan Carta Persediaan:
1. Pasangan mata wang GBP/CHF ini kelihatan telah ditolak pada tahap 1.5120 sekali lagi, sepertimana yang dapat anda lihat di sini. Pasangan mata wang ini telah menghasilkan isyarat cartalilin penurunan harga 'evening star' yang mana ini menandakan bahawa terdapat kemungkinan pembalikan harga yang lebih rendah sekurang-kurangnya ke arah tahap 1.4700. Saya mencadangkan kepada para pedagang agar kekal menjual buat masa sekarang, dengan menetapkan risiko kekal pada 1.5130/40. Kita perlu memerhatikan tindakan susulan harga dan juga pergerakkan harga pada masa sekarang.
2. Tahap sokongan bagi pasangan mata wang ini dilihat terletak pada tahap 1.4900, diikuti dengan tahap 1.4780, 1.4650, 1.4550, 1.4450 dan seterusnya tahap yang lebih rendah manakala rintangan pual dilihat berada pada tahap 1.5120/30.
3. Struktur menunjukkan bahawa pasangan mata wang GBP/CHF ini berkemungkinan akan mula ditarik semula ke tahap yang lebih rendah ke arah 1.4700 dari sini. Penolakan harga di bawah tahap 1.4950 dan seterusnya ke tahap 1.4900 akan mengesahkanya.
Cadangan Perdagangan:
Kekal menjual, dengan menetapkan kedudukan Stop Loss pada tahap 1.5140/50, dan sasaran adalah terbuka.
Semoga berjaya!