Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 29 Mei, 2014

parent
Analisis Forex:::2014-05-28T23:38:06

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 29 Mei, 2014

EUR/USD:  Pasaran ini dilihat telah meneruskan dagangan dalam aliran menurun yang perlahan. Meskipun pasaran kini dilihat hanya jatuh sebanyak 40 pips, namun pasangan mata wang ini masih berpotensi untuk bergerak ke tahap yang jauh lebih rendah. Ia kelihatan seolah-olah pasaran akhirnya akan sampai ke garisan sokongan yang terletak pada tahap 1.3550, dan dengan kesinambungan aliran penurunan harga, maka garisan sokongan yang terletak pada tahap 1.3500 juga berkemungkinan akan ditembusi.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 29 Mei, 2014

USD/CHF: Pasangan mata wang ini dilihat sedang didagangkan dalam aliran menaik, sekaligus mengesahkan Corak Pengesahan Kenaikkan harga di dalam carta. Harga telah didagangkan dalam aliran menaik yang perlahan dan mantap. Pada masa ini, harga sedang berada di atas tahap sokongan 0.8950 ; yang mana ia berkemungkinan akan menembusi tahap rintangan 0.9000 pada akhirnya, yang mana tahap ini adalah merupakan tahap psikologi.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 29 Mei, 2014

GBP/USD:  Sebagaimana yang telah diramalkan, mata wang Pound terus menjunam, menembusi tahap sasaran kita. Ia diramalkan akan berterusan, meskipun terdapat kemungkinan kenaikkan harga sementara dalam pasaran. Walaupun hari ini adalah merupakan cuti umum bagi beberapa negara di Eropah, namun begitu, dijadualkan akan terdapat beberapa data fundamnetal yang berkemungkinan akan memberikan impak terhadap pasaran pada hari ini. Sebagai contoh, laporan ekonomi yang positif dijangkakan akan dikeluarkan oleh Amerika Syarikat pada hari ini dan ia berkemungkinan akan memeberikan kesan ke atas pasangan mata wang ini. Wilayah pengumpulan pada tahap 1.6700 telah diuji dan ia berpotensi untuk ditembusi semasa penurunan harga.


Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 29 Mei, 2014

USD/JPY:  Isyarat kenaikkan harga bagi pasaran ini kelihatan semakin tidak menentu dan tidak stabil. Bagi memastikan isyarat kenaikkan harga ini stabil, harga perlu menembusi tahap bekalan 102.00 untuk aliran menaik dan menutup di atas tahap tersebut. Jika tidak, anda mungkin perlu bersedia untuk penembusan penurunan harga.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 29 Mei, 2014

EUR/JPY:  Ya, instrumen perdagangan mata wang ini telah gagal dalam cubaan menembusi EMA 56 untuk aliran menaik (bukan merujuk pada tahap bekalan 139.50). Harga dilihat masih terperangkap dalam aliran penurunan harga yang kuat - harga berkemungkinan akan menembusi zon permintaan yang terletak pada tahap 138.00 tidak laam lagi.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 29 Mei, 2014

Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...