
Tinjauan Teknikal dan Carta Persediaan:
1. Pasangan mata wang GBP/CHF ini akhirnya telah didagangkan dalam aliran penurunan harga dan isyarat dagangan bercorak 'evening star' telah dihasilkan sebelum ini. Tahap 1.5000 kelihatan seolah-olah akan ditembusi, membuka jalan bagi harga menuju ke arah tahap 1.4700 dalam sesi dagangan yang akan datang. Saya mencadangkan kepada para pedagang untuk kekal menjual pada masa ini, dengan risiko kekal pada tahap 1.5140.
2. Sokongan bagi pasangan mata wang ini dilihat terletak pada tahap 1.4900, dan diikuti masing-masing dengan tahap 1.4780, 1.4650, 1.4550 dan seterusnya tahap yang lebih rendah. Manakala rintangan pula dilihat berada pada tahap 1.515120/30.
3. Struktur menunjukkan bahawa harga bagi pasangan mata wang GBP/CHF ini telah mula ditarik semula menuju ke arah tahap 1.4700. Para pedagang diingatkan bahawa kejatuhan harga ini mungkin hanyalah penarikan semula sebelum kenaikkan harga yang seterusnya bermula.
Cadangan Perdagangan:
Kekal menjual, dengan menetapkan kedudukan stop loss pada tahap 1.5120/30.
Semoga berjaya!