
Tinjauan Teknikal dan Carta Persediaan:
1. Emas telah menembusi tahap sokongan Fibonacci 0.618 aliran menaik di antara tahap $ 1,180.00 dan $ 1,388.00 sepertimana yang dapat anda perhatikan di sini. Selain itu, rintangan yang terdahulu kini telah bertindak sebagai sokongan juga berada berada di sekitar tahap $ 1,250.00/60.00. Reaksi kenaikkan harga adalah diramalkan disekitar tahap $ 1,250.00/55.00. Saya mencadangkan kepada para pedagang untuk kekal mendatar buat masa ini dan perhatikan pembalikkan aliran menaik.
2. Sokongan bagi Emas dilihat terletak pada tahap $ 1,230.00/40.00, diikuti dengan tahap $ 1,210.00, dan seterusnya tahap yang lebih rendah. Manakala rintangan pula dilihat berada pada tahap $ 1,300.00 / 05.00, dan diikuti masing-masing dengan tahap $ 1,310.00/30.00, $ 1,350.00/60 dan seterusnya tahap yang lebih tinggi.
3. Struktur menunjukkan bahawa Emas berkemungkinan akan menghasilkan lantunan kenaikkan harga pada tahap semasa di sekitar kawasan $ 1,250.00/60.00. Penembusan harga di bawah tahap $ 1,240.00/30.00 akan mendorong aliran penurunan harga.
Cadangan Perdagangan:
Kekal mendatar buat masa sekarang.
Semoga berjaya!