
Huraian:
Pasangan mata wang USD/CHF ini diramalkan akan didagangkan stabil dengan kecenderungan kenaikkan harga selepas mencecah tiga setengah bulan tinggi pada tahap 0.8990 hari Rabu. Kadar harga bagi pasangan mata wang ini telah didorong oleh kenaikkan mata wang USD, penularan daripada penurunan mata wang euro berbanding CHF, penjualan mata wang franc semasa pasangan CHF/JPY melemah, dan pendirian dasar monetari Dovish oleh Bank Negara Swiss. Walau bagaimanapun sentimen CHF dirangsang oleh pertumbuhan dalam KDNK Switzerland bagi S1 yang lebih mencatatkan lebih kenaikkan berbanding ramalan (mencatatkan sebanyak +2.0% pada tahunan berbanding ramalan yang mengunjurkan kenaikkan hanya sebanyak +1.8%). Keuntungan bagi pasangan mata wang USD/CHF ini juga telah dipengaruhi oleh permintaan franc semasa pasangan EUR/CHF melemah. Carta harian dilihat berkecenderungan positif sebagaimana MACD dan stokastik adalah aliran menaik, meskipun ia akhirnya akan berada pada zon terlebih beli, purata pergerakkan lima dan 15 hari kian meningkat.
Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.8935; penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 0.8920. Titik pangsi kekal berada pada tahap 0.8990. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Bagi situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 0.9015 dan sasaran kedua pada tahap 0.9030.
Tahap Rintangan:
0.9015
0.9030
0.9065
Tahap Sokongan:
0.8935
0.8920
0.89