USD

Indeks USD dilihat telah menembusi tahap sokongan pada EMA 200 hari semasa sesi dagangan hari semalam. Kami telah mengesyorkan kepada para pedagang agar mengambil pesanan menjual di dalam artikel semalam pada tahap 80.42, harga telah mencatatkan tahap rendah baru pada 80.43. Daripada sokongan EMA, Indeks USDX kini telah dibuka pada aliran menaik, dibuka pada strategi rendah. Pada masa ini, ia sedang diniagakan pada tahap 80.66. Indeks USDX berhadapan dengan rintangan yang kuat pada tahap 80.68 (Tahap tinggi 2 Jun), di atas ini, tahap 80.71 adalah merupakan kawasan rintangan. Bagi 'Safe traders', anda disarankan untuk mengambil pesanan membeli di atas tahap 80.72 dengan menetapkan sasaran serta-merta di tahap 80.83 dan 81.
Bagi aliran menurun, SMA 50 jam bertindak sebagai tahap sokongan yang kuat.
DJIA

Indeks DJIA memberhentikan pergerakkan menaik lebih awal menjelang pengumuman data yang kukuh. Ia kini sedang diniagakan di bahagian atas segi tiga simetri dalam, sekiranya harga menembusi ke arah atas, maka harga diramalkan akan menembusi tahap 18,500 dan 18,900 dengan mudah. Jika indeks menutup di atas garisan ungu bertitik pada minggu ini, amka kita dapat melihat satu lagi kenaikkan harga yang ketara. Bagi aliran menurun, 16,600 dan 16,340 adalah merupakan tahap sokongan awal. Sebaik sahaja harga menembusi di bawah tahap 16,340 ini, maka ia akan memperbetulkan pergerakkan aliran harga hingga ke tahap 16,000, 15880, dan 15340.
SPX

S&P kini sedang berhadapan dengan rintangan yang kuat pada tahap 1,932 (138.2% tahap fib). Para pedagang dinasihatkan agar memerhatikan tahap ini dengan berhati-hati untuk pergerakkan harga yang selanjutnya. Apabila harga menembusi di atas tahap tersebut, ia akan bergerak menuju ke arah tahap 2,150. RSI bulanan kini sedang menyatakan tahap terlebih beli ekstrem.