Huraian Umum untuk 04/06/2014 09:30 CET
Keadaan pasaran bagi pasangan mata wang EUR/JPY pada jangka masa yang lebih besar seperti di dalam carta harian dan mingguan adalah tidak begitu mudah. Selepas meluangkan masa bagi menjalankan analisis yang lebih terperinci, kami menyifatkan bahawa kesimpulan daripada analisis ini ada dua perkiraan dengan perbezaan yang sangat ketara di antara kedua-dua perkiraan: penempatan tahap tinggi gelombang 1. Manakala, satu lagi perkiraan menyatakan bahawa terdapt sedikit perbezaan iaitu penempatan di dalam gelombang 4 ungu: telah berakhir atau belum? Inilah sebabnya mengapa kini terdapat dua perkiraan yang boleh didapati dengan perkiraan utama mengesan perkembangan gelombang pada gelombang 4 ungu sebagaimana terdapat dua gelombang telah didapati hilang untuk melengkapkan pembentukan segi tiga, manakala perkiraan alternatif pula tahap tinggi gelombang besar 1 biru kini telah mengambil tempat di tahap 145.70. Pembatalan perkiraan utama (segitiga ABCDE gelombang 4) telah menyebabkan penembusan harga pada tahap 135.46. Pembatalan pada pembetulan gelombang kompleks 2 (W) (X) (Y) telah mendorong penembusan harga pada tahap 137.97. Pada carta masa yang lebih kecil, pembangunan gelombang menaik impulif kelihatan seolah-olah telah selesai sebagaimana tahap tinggi untuk gelombang hitam A kini seolah-olah telah mengambil tempat pada masa sekarang dan permulaan pembetulan aliran penurunan harga adalah dijangkakan akan berlaku sekarang.
Sokongan/Rintangan:
140.16 - WR2
139.86 - 139.94 - Rintangan Teknikal139.49 - WR1
139.47 - Sokongan Urusniaga Harian
139.35 - Sokongan Teknikal
139.07 - Tahap Rendah Gelombang Merah 4
138.74 - Pangsi Mingguan
Cadangan Perdagangan:
Para pedagang 'Daytraders' disarankan agar mengambil pesanan menjual daripada tahap harga semasa dengan menetapkan SL di atas tahap 140.00 dan TP di tahap139.47 beserta dengan kemungkinan lanjutan aliran penurunan harga menuju ke arah tahap 139.07.




