
Huraian:
Pasangan mata wang USD/CHF diramalkan akan stabil dengan kecenderungan risiko harga yang lebih rendah. Kadar harga bagi pasangan mata wang ini telah terjejas ekoran daripada kelemahan mata wang USD dan permintaan bagi mata wang franc pada pasangan CHF/JPY di tengah-tengah penurunan sentimen yen dan permintaan franc semasa pasangan EUR/CHF melemah. Walau bagaimanapun, kerugian bagi pasangan USD/CHF telah terjejas akibat pendirian dasar monetari dovish oleh Bank Negara Swiss. Carta harian dilhat bercampur-campur sebagaimana MACD adalah kenaikkan harga, tetapi stokastik telah beralih kepada aliran penurunna harga pada zon terlebih beli, corak 'inside-day-range' telah berakhir pada hari Selasa.
Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.8935. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 0.8920. Titik pangsi kekal berada pada tahap 0.8630. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Bagi situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 0.8995 dan sasaran kedua pada tahap 0.9010.
Tahap Rintangan:
0.8995
0.9010
0.9035
Tahap Sokongan:
0.8935
0.8920
0.8885