
Huraian:
Pasangan mata wang NZD/USD ini diramalkan akan mengukuh dengan kecenderungan penurunan harga selepas pasangan mencecah tahap rendah tiga bulan 0.8400 pada hari Rabu. Kadar harga bagi pasangan mata wang ini telah dilemahkan oleh harga susu yang semakin melemah, penjualan mata wang dolar NZ semasa pasangan AUD/NZD mengukuh dan sentimen USD yang positif. Walau bagaimanapun, pasangan mata wang NZD/USD ini telah dipengaruhi oleh permintaan dolar NZ pada pasangan mata wang NZD/JPY di tengah-tengah penghindaran risiko yang kian berkurangan dan perbezaan kepentingan NZDUSD. Carta harian kini dilihat berkecenderungan negatif sebagaimana MACD dan stokastik adalah aliran penurunan harga. Meskipun ia kemudianya akan berada di zon terlebih jual, purata pergerakkan 5 hari kian menurun.
Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.84; penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 0.8350. Titik pangsi kekal berada pada tahap 0.8475. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Bagi situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 0.85 dan sasaran kedua pada tahap 0.8515.
Tahap Rintangan:
0.85
0.8515
0.8550
Tahap Sokongan:
0.84
0.8350
0.83