
Tinjauan Teknikal dan Carta Persediaan:
1. Sepertimana yang dapat anda perhatikan di sini, pasangan mata wang kini dilihat telah menembusi rintangan segera yang terletak pada tahap 139.00. Selepas merekodkan tahap tinggi baru pada 139.90, harga bagi pasangan mata wang ini telah diterbalikkan dan dilihat menjunam ke tahap yang lebih rendah sekurang-kurangnya ke arah tahap 138.50 jika ia tidak meneruskan pergerakkan penurunan harga. Saya mencadangkan kepada para pedagang untuk mula mengambil pesanan menjual pada masa ini, berhampiran pada tahap 139.75, risiko kekal ditetapkan di atas tahap 140.00; pendekatan yang lebih konservatif adalah untuk kekal mendatar.
2. Tahap sokongan bagi pasangan mata wang ini dilihat terletak pada sub 138.00, diikuti dengan tahap 136.50 dan seterusnya tahap yang lebih rendah di sini, manakala rintangan pula dilihat berada pada tahap 141.00, dan diikuti masing-masing dengan tahap 142.50/143.50, 144.00 dan seterusnya tahap yang lebih tinggi.
3. Struktur menunjukkan bahawa pasangan mata wang EUR/JPY ini sedang menuju ke tahap yang lebih rendah daripada tahap semasa. Pembalikan kenaikkan harga pada tahap 138.50/60, berkemungkinan akan menarik semula prospek kenaikkan harga.
Cadangan Perdagangan:
Ambil pesanan menjual disekitar tahap 139.75,dengan menetapkan kedudukan Stop Loss pada tahap 140.20, dan sasaran adalah terbuka.
Semoga berjaya!