
Huraian
Sebagaimana yang telah dijangkakan, perak dilihat telah mengambil pergerakan menaik sekiranya harga menutup di atas tahap rintangan 19.00. Pada hari Jumaat, sebagaimana yang telah dinyatakan di dalam carta 4H, perak telah mengambil pergerakkan sedikit menaik selepas harga menembusi rintangan yang terletak pada tahap 19.00 dan Perak telah berjaya untuk menutup di atas 4H dan, pada masa ini, harga kelihatan sedang menghampiri tahap rintangan 19.20. Isyarat kenaikkan harga yang selanjutnya adalah diramalkan selagi perak didagangkan di atas tahap rintangan ini dengan saran pertama terletak beberapa pips di bawah tahap rintangan 19.50. Walau bagaimanapun, sekiranya 4H menutup di bawah tahap 19.20, maka kita perlu menunggu sehingga harga menguji kawasan Sokongan ini sekali lagi sebelum membuat sebarang keputusan dan juga membatalkan senario kenaikkan harga.
Tahap Rintangan dan Sokongan: R3 (19.50), R2 (19.20), R1 (19.00), S1 (18.60), S2 (18.30), S3 (18.00).