EUR/USD: Pasaran bagi pasangan mata wang ini telah didagangkan dalam aliran yang tidak menentu pada minggu lalu. Harga kini kelihatan seolah-olah telah bersedia untuk meningkat ke tahap yang lebih tinggi, walau bagaimanapun ia masih lagi belum dapat dipastikan sehingga harga melonjak ke atas garisan rintangan pada tahap 1.3700. Sekiranya ini berlaku, maka ia akan menghasilkan Corak Pengesahan kenaikkan harga di dalam carta. .

USD/CHF: Pada hari Jumaat (6 Jun 2014) yang lalu, pasangan mata wang USD/CHF ini telah menutup pada tahap 0.8934. Harga yang telah melanjutkan prospek penurunan harga, yang mana ia berkemungkinan akan berterusan sehingga minggu ini. Sasaran yang seterusnya bagi pasangan mata wang ini dilihat terletak pada tahap sokongan 0.8900. Sasaran kenaikkan harga yang terletak pada rintangan 0.9000 telah pun ditembusi, dan kini adalah masa untuk pembetulan harga. Pembetulan harga kini telah mengesahkan kecenderungan penurunan harga.

GBP/USD: Bagi pasangan mata wang ini, adalah disyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli. Malah, para pedagang juga boleh mengambil pesanan membeli semasa penarikan semula harga berlangsung; yang mana ia akan memberikan kebarangkalian keuntungan yang lebih tinggi. Mengapa? Kerana tindakan harga yang kukuh secara alami dan selagi harga mampu untuk mengukuh di atas wilayah pengumpulan yang terletak pada taahp 1.6750, maka prospek kenaikkan harga bagi pasangan ini kekal sah.

USD/JPY: Prospek kenaikkan harga juga kelihatan sah bagi pasangan mata wang USD/JPY ini, harga telah ditarik kembali ke arah bawah pada minggu lali, tetapi ia kini dilihat sedang membuat satu lagi percubaan kenaikkan harga. Penutupan dagangan pada hari Jumaat lalu adalah pada tahap pasaran yang menarik, iaitu pada tahap harga 102.49, harga berpotensi untuk bergerak ke tahap yang lebih tinggi dari tahap tersebut.

EUR/JPY: Pasaran bagi pasangan ini adalah menaik, walau bagaimanapun harga perlu menembusi zon bekalan yang terletak pada tahap 140.00 bagi membolehkan harga melanjutkan aliran menaik, sekaligus mengukuhkan lagi kecenderungan kenaikkan harga. Kegagalan harga untuk menutup di atas tahap bekalan minggu ini berpotensu untuk menyebabkan harga menjunam dari kedudukan semasa.
