
Huraian:
Pasangan mata wang GBP/JPY diramalkan akan didagangkan di dalam julat harga yang lebih tinggi. Kadar harga bagi pasangan mata wang ini telah didorong oleh selera risiko yang positif dan permintaan dari pengimport Jepun. Walau bagaimanapun, keuntungan bagi pasangan mata wang GBP/JPY ini telah terjejas akibat daripada penjualan pengeksport Jepun. Carta harian kini dilihat berkecenderungan positif sebagaimana MACD dan stokastik adalah aliran menaik, purata pergerakkan lima hari berada di atas MA 15 hari dan kian meningkat.
Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 172.75 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 173.10. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada 171.20. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 170.70. Titik pangsi kekal terletak pada tahap 171.50.
Tahap Rintangan:
172.75
173.10
173.85
Tahap Sokongan:
171.20
170.70
170