Harga emas kekal didagangkan di atas tahap harga $ 1,250, menghampiri 38% Penarikan semula Fibonacci pada aliran menurun dari tahap $ 1,301. Harga emas mempunyai sokongan jangka pendek yang terletak pada tahap $ 1,245-40 dan rintangan jangka pendek pula di tahap $ 1,257. Aliran jangka pendek masih lagi menuju ke arah bawah, walau bagaimanapun ia adalah sesuatu yang amat mustahil untuk melihat kenaikkan harga yang serupa dari tahap $ 1,240, yang mana ia akan mendorong emas untuk bergerak menuju ke arah tahap $ 1,280.

Sokongan utama bagi Emas dilihat terletak pada tahap $ 1,240. Sekiranya tahap sokongan utama ini ditembusi, maka kami menjangkakan bahawa Emas akan menguji kawasan sokongan $ 1,220 - $ 1,200. Carta jangka pendek menunjukkan bagaimana harga Emas menguji awan Ichimoku. Pergerakkan di dalam awan akan menukarkan aliran harga dari menurun kepada aliran neutral dan ia berpotensi untuk menolak harga Emas ke arah tahap sasaran kami pada 50% penarikan semula Fibonacci di mana ia adalah bersamaan dengan bahagian atas awan.

Berdasarkan pada carta harian, harga Emas berkemungkinan akan membentuk ABCD jangka panjang pada segi tiga mendatar yang lebih besar. Ini adalah merupakan satu lagi sebab mengapa saya merasakan bahawa kita telah melihat bahagian dasar jangka pendek kepada jangka pertengahan. Sekiranya harga telah menembusi tahap rendah, maka kita boleh mengharapkan kenaikkan harga yang lebih besar sebagai sebahagian daripada gelombang E segitiga. Sasaran kini terletak pada tahap $ 1,330-340. Isyarat penting yang akan mengesahkan senario ini adalah sekiranya harga emas menembusi di atas tahap $ 1,290. Oleh itu, kita akan dapat melihat bagaimana pentingnay sasaran kami yang terletak pada tahap $ 1,280-90, seperti yang dinyatakan di atas. Prospek jangka panjang untuk Emas adalah aliran menurun, mensasarkan harga berhampiran atau di bawah $ 1,000.