Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Teknikal EUR/JPY untuk 10 Jun, 2014

parent
Analisis Forex:::2014-06-10T07:07:29

Analisis Teknikal EUR/JPY untuk 10 Jun, 2014

Analisis Teknikal EUR/JPY untuk 10 Jun, 2014

Tinjauan Teknikal dan Carta Persediaan:

1. Pasangan mata wang EUR/JPY ini dilihat telah mula ditarik semula dari tahap 140.00 sebagaimana yang telah dijangkakan. Sila ambil perhatian bahawa penembusan harga pada tahap 138.00 ini akan membuka jalan untuk pembetulan harga yang lebih besar ke arah tahap 132.00 seperti yang dapat anda perhatikan di sini. Saya mencadangkan kepada para pedagang untuk kekal mendatar buat masa ini ATAU persediaan perdagangan agresif disarankan untuk kekal menjual dengan risiko ditetapkan di atas tahap 140.00. 

2. Tahap sokongan bagi pasangan mata wang ini dilihat terletak pada tahap 138.00 (pertengahan), diikuti dengan tahap 136.50, 134.00 dan seterusnya tahap yang lebih rendah. Manakala rintangan pula terletak pada tahap 140.00, dan diikuti masing-masing dengan tahap 141.00, 142.50/143.50, 144.00 dan 145.50. 


3. Struktur menunjukkan bahawa pasangan mata wang EUR/JPY ini berpotensi untuk menjadi sangat lemah sekiranya harga menembusi di bawah tahap 138.00.


Cadangan Perdagangan:

Kekal mendatar buat masa ini. Untuk persediaan agresif, adalah disarankan kepada anda untuk kekal menjual, dengan menetapkan kedudukan Stop Loss di tahap 140.50, dan sasaran adalah terbuka.

Semoga berjaya!


Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...