Huraian:
Pasangan mata wang USD/JPY ini diramalkan akan diniagakan dalam julat yang lebih rendah. Kadar harga bagi pasangan mata wang ini telah dilemahkan oleh penjualan yen di tengah-tengah selera risiko pelabur yang semakin berkurangan (tolok ketakutan VIX meningkat 1.43% kepada 10.99) sebagaimana saham-saham AS ditutup bercampur-campur berhampiran garisan mendatar semalam (S&P jatuh 0.02%, DJIA naik 0.02%, Nasdaq naik 0.04%). Pasangan mata wang USD/JPY ini juga telah dipengaruhi oleh Penjualan pengeksport Jepun. Walau bagaimanapun, pasangan mata wang USD/JPY ini telah terjejas akibat daripada kadar hasil Perbendaharaan AS yang lebih tinggi, sentimen dolar positif (Indeks dolar Spot ICE terdahulu 80.81 berbanding 80.62 pada awal hari ini), Indeks Keyakinan Perniagaan Kecil NFIB AS yang semakin meningkat kepada 96.6 pada bulan Mei - tahap tertinggi sejak September 2007 - berbanding 95.2 pada bulan April, jumlah yang lebih tinggi berbanding jangkaan peningkatan 1.1% di dalam inventori borong Amerika Syarikat bagi bulan April(berbanding ramalan +0.6%) dan permintaan dari pengimport Jepun.
Ulasan Teknikal:
Carta harian dilihat bercampur-campur sebagaimana MACD adalah aliran menaik, walau bagaimanapun stokastik kini berada dalam aliran menurun di wilayah terlebih beli.
Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 170.70; penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 170.30. Titik pangsi kekal berada pada tahap 171.55. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Bagi situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 171.90 dan sasaran kedua pada tahap 172.35.
Tahap Rintangan:
102.40
102.60
102.80
Tahap Sokongan:
101.80
101.70
101.50