Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 12 Jun, 2014

parent
Analisis Forex:::2014-06-11T23:59:03

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 12 Jun, 2014

EUR/USD: Pasangan mata wang ini didagangkan dalam aliran menurun, dan kami meramalkan bahawa aliran penurunan harga ini akan berlanjutan. Pada hari ini, terdapat beberapa berita fundamental yang akan memberikan impak terhadap mata wang USD; yang mana ia seterusnya akan menjejaskan pasangan mata wang EURUSD. Harga kini dilihat sedang didagangkan di bawah garisan rintangan pada tahap 1.3550, dan ia kelihatan masih berpotensi untuk mencecah ke garisan sokongan pada 1.3500.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 12 Jun, 2014

USD/CHF: Pasangan mata wang ini pula didagangkan dalam aliran menaik, walau bagaimanapun harga berhadapan dengan kesukaran untuk menembusi rintangan yang terletak pada tahap 0.9000 untuk menuju ke tahap yang lebih tinggi. Tahap rintangan - merupakan kawasan psikologi yang kuat, telah dikepung oleh aliran menaik, kerana harga masih cuba untuk menembusi tahap rintangan tersebut. Akhirnya, tahap rintangan ini akan ditembusi, dan harga akan menutup di atasnya.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 12 Jun, 2014

GBP/USD: Pasaran ini kelihatan sedang berhadapan dengan keadaan sukar pada masa ini, tanpa arah aliran harga yang jelas. Melainkan jika anda adalah seorang pedagang scalpers atau intraday, mempunyai beberapa kesukaran dalam perdagangan. Pedagang swing mungkin lebih gemar untuk menunggu sehingga terdapat corak penegsahan sama ada dalam aliran menurun mahupun menaik.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 12 Jun, 2014

USD/JPY: Harga bagi pasangan mata wang ini didagangkan dalam aliran menurun; mendorong kepada pembentukan Corak Pengesahan penurunan harga di dalam carta. Harga dilihat telah menutup di bawah EMA 56 dan tempoh RSI 14 kini terletak di bawah tahap 50. Mengambil pesanan menjual adalah disyorkan kepada para pedagang.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 12 Jun, 2014

EUR/JPY: Harga bagi pasangan mata wang EUR/JPY ini telah melepasi tahap sasaran kami yang terletak pada 138.50. Harga dilihat telah menguji zon permintaan pada tahap 138.00. Walaupun mungkin akan terdapat beberapa lantunan menaik di dalam pasaran, aliran penurunan harga diramalkan akan berterusan. Zon permintaan yang telah diuji berpotensi untuk ditembusi untuk aliran menurun akhirnya.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 12 Jun, 2014
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...