Harga emas telah berjaya untuk menembusi atas 61.8% anjakkan Fibonacci pada penurunan daripada $1,300.Rintangan jangka masa pendek yang seterusnya adalah 78.6% anjakkan pada $1,288.Seperti yang saya nyatakan pada analisis saya yang sebelumnya,aliran jangka masa pendek sedang menaik dan ia kelihatan seperti harga Emas menghala ke arah $1,3000 selepas mencapai sasaran jangka masa pendek pada $1,264 dan $1,277.

Harga emas sedang berada diatas Ichimoku cloud dan juga telah menembusi 61.8% anjakkan.Harga emas juga sedang didagangkan atas sokongan garisan aliran biru.Aliran menaik dijangkakan untuk bersambung ke arah $1,300.Sokongan dijumpai pada $1,270.Jika ditembusi kita kemudiannya boleh mengesahkan pergerakkan menaik daripada $1,240 selesai dan kita perlu menjangkakan ujian semula pada Ichimoku berhampiran $1,260.

Harga emas berada dalam carta harian sedang bergerak seperti analisis kami yang sebelumnya.Ianya telah pun menaik sejak $1,240 dan saya mensasarkan sempadan rendah pada Ichimoku cloud.Ini adalah rintangan yang kuat dan saya menjangkakan kenaikkan dalam harga Emas untuk terhenti seketika pada tahap ini.Penembusan atas $1,300 akan memberikan $1,330-40 sebagai sasaran.Sokongan pada $1,240 adalah tahap harian yang penting.