

Zon harga 1.3800-1.3880 (ditandakan dengan titik-titik pada carta di atas) telah menyediakan BEKALAN yang mencukupi untuk pasangan EUR/USD. Zon harga berjaya memberhentikan kesinambunagn momentum kenaikkan buat seketika di atas garisan aliran menaik sepertimana yang telah digambarkan.
Oleh itu, corak pembalikan Double Top telah ditubuhkan dengan 'neckline' terletak pada tahap 1.3700. Corak pembalikan telahpun mencapai tahap sasaran.
Sementara itu, kita harus fokus terhadap cartalilin harian penyelubungan kenaikkan harga Khamis yang berkemungkinan akan kelihatan disekitar tahap 1.3500 (berpotensi untuk menghentikan momentum penurunan harga yang berterusan).
Pasangan mata wang EUR/USD kini dilihat sedang terperangkap di dalam lanjutan zon kesesakan di antara tahap 1.3560 dan 1.3480 setelah aliran penurunan harga berjaya menembusi tahap 1.3560 pada minggu lalu.
Tahap harga disekitar 1.3480 dan seterusnya 1.3440 kini terdedah kepada risiko untuk ditembsui. Tahap ini adalah bersamaan dengan had yang lebih rendah pada saluran penurunan harga 4H berterusan seperti yang digambarkan pada carta.
Sebaliknya, jika tekanan kenaikkan harga kelihatan pada tahap harga semasa dan berjaya mengukuh sekali lagi di atas 1.3560, maka pasangan mata wang ini berkemungkinan akan menembusi had atas saluran seperti yang digambarkan di sekitar tahap 1.3640-1.3660.