
Huraian:
Pasangan mata wang NZD/USD ini dijangkakan akan mengukuh. Kadar harga bagi pasangan mata wang ini telah disokong oleh isyarat kadar yang lebih tinggi oleh Bank Rizab New Zealand dalam beberapa bulan yang akan datang dan permintaan dolar NZ pada pasangan mata wang AUD/NZD serta penularan mata wang USD yang kian merosot. Walau bagaimanapun, kenaikkan harga bagi pasangan mata wang NZD/USD ini telah dihadkan akibat daripada selera risiko yang menurun. Carta harian dilihat masih berkecenderungan positif sebagaimana purata pergerakkan lima hari kini berada di atas MA 15 hari dan kian meningkat, MACD dan stokastik adalah aliran menaik, walaupun ia akhirnya akan berada pada wilayah terlebih belian.
Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.8680 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 0.8710. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada 0.8565. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 0.8525. Titik pangsi kekal terletak pada tahap 0.8620.
Tahap Rintangan:
0.8680
0.8710
0.8745
Tahap Sokongan:
0.8565
0.8525
0.8475