Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 18 Jun, 2014

parent
Analisis Forex:::2014-06-18T05:00:44

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 18 Jun, 2014

EUR/USD:  Keseluruhan kecenderungan bagi pasaran pasangan mata wang ini masih dalam aliran menurun, dengan aliran menaik menyediakan peluang jualan singkat. Awal minggu ini, harga melonjak ke dalam EMA 56, walau bagaimanapun harga gagal untuk menutup di atasnya. Lebih penting lagi, harga kini sebahagian besarnya berada di bawah garisan rintangan pada tahap 1.3600, yang mana tahap ini bertindak sebagai perisai untuk aliran kenaikkan harga yang selanjutnya. Kenaikkan harga yang selanjutnya telah ditolak dan harga secara beransur-ansur menjunam ke arah bawah. Pasangan kini didagangkan di bawah garisan rintangan pada tahap 1.3550.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 18 Jun, 2014

USD/CHF: Pasangan mata wang USD/CHF masih berlegar di sekitar rintangan yang besar pada tahap 0.9000. Ia telah menjadi satu pengepungan yang serius- kawasan di mana terdapat pertempuran di antara aliran menaik dan aliran menurun yang sangat kuat. Harga dilihat telah gagal untuk menembusi tahap rintangan untuk menaik atau menurun dengan ketara. Ini telah berlanjutan selama beberapa minggu, dan akhirnya, tahap rintangan ini berkemungkinan akan ditembusi untuk aliran menaik dan harga akan menutup di atas tahap tersebut. 


Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 18 Jun, 2014

GBP/USD: Pasangan mata wang ini didagangkan dalam aliran menaik (berbeza dengan apa yang berlaku kepada pasangan EUR/USD yang mana ia perlu berkait rapat dengan mata wang GBP). Harga dilihat berkemungkinan akan menembusi wilayah pengagihan yang terletak pada tahap 1.7000 untuk aliran menaik. Sementara itu, terdapat wilayah pengumpulan segera pada tahap 1.6950.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 18 Jun, 2014

USD/JPY:  Pasangan mata wang ini dilihat telah memulakan dagangan dalam kecenderungan aliran menaik baru; walau bagaimanapun kecenderungan ini sepatutnya kekal lama. Harga berkemungkinan akan berhadapan dengan beberapa lagi kesukaran untuk pergi lebih jauh ke arah atas selepas ia mencapai tahap bekalan yang terletak pada tahap 102.50.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 18 Jun, 2014

EUR/JPY:  Pasangan mata wang ini dilihat masih melemah, kecuali jika zon bekalan yang terletak pada tahap 139.00 ini ditembusi untuk aliran menaik. Aliran kenaikkan harga semasa boleh dihentikan pada zon bekalan 138.50.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 18 Jun, 2014
Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...