Carta Harian: Indeks USDX dilihat telah melakukan penarikan semula harga pada tahap rintangan 80.62 dan USDX kini sedang mencuba untuk mengukuh di bawah purata pergerakkan 200-hari, oleh yang demikia, sasaran yang seterusnya akan berada pada tahap sokongan 80.11. Sekiranya Indeks USDX ini berjaya menembusi pada tahap tersebut, maka adalah diramalkan bahawa harga akan jatuh ke tahap 79.19. Petunjuk MACD adalah negatif.

Carta 4H: Indeks USDX kelihatan telah jatuh ke tahap yang bersamaan dengan SMA 200 pada tahap sokongan 80.34. Sekiranya USDX menembusi pada tahap sokongan tersebut, maka harga berkemungkinan akan jatuh hingga ke tahap 80.24. Walau bagaimanapun, USDX ini berkemungkinan besar akan mempunyai sokongan pada SMA 200. MACD adalah negatif.

Carta 1H: Indeks USDX kini dilihat sedang cuba untuk membentuk corak yang rendah yang lebih tinggi di bawah SMA 200, kerana USDX telah berjaya menembusi pada taahp 80.59. Jika USDX ini menembusi pada tahap 80.35, maka harga diramalkan akan jatuh ke tahap 80.15. Petunjuk MACD kini berada di wilayah negatif.
