USD/CHF

Pasangan mata wang ini telah ditolak pada SMa 50 minggu sebanyak tiga kali. Pasangan dilihat telah membuat corak 'double top' pada tahap 0.9013. Pasangan mata wang ini juga mempunyai tahap sokongan yang terletak pada 0.9013; penembusan harga di bawah tahap ini, akan memungkinkan harga untuk jatuh ke tahap 0.8860, 0.8830 dan 0.8777. Sebaliknya, jika pasangan mata wang ini menutup di atas atahp 0.9028 pada minggu ini, maka adalah diramalkan bahawa harga akan melonjak naik mencecah ke tahap 0.9080, 0.9157 dan 0.9198 dalam dagangan jangka masa pendek.
Hari ini, dalam sesi dagangan Asia, pasangan maat wang ini mempunyai rintangan pada SMA 200 hari iaitu pada tahap 0.8966. Harga benar-benar telah menembusi SMA 200 hari namun gagal untuk menembusinya. Kita hanya akan dapat melihat pngukuhan harga di atas tahap 0.8966 menuju ke arah tahap 0.8986 dan 0.9010.
USD/JPY-

Pasangan mata wang ini telah didagangkan dalam aliran menaik daripada tahap 100.83 dan benar-benar telah menembusi tahap sokongan yang terletak pada EMA 200 Hari dan bergerak ke tahap lebih tinggi pada 102.80. Harga juga telah diperbetulkan sehingga ke tahap fib 61.8 dan sekali lagi memulakan pergerakkan menaik dan membentuk corak rendah yang lebih rendah. Walau bagaimanapun, pasnagan mata wang ini telah dibuka sedikit lebih rendah pada hari ini, menembusi corak rendah yang lebih rendah. Harga gagal untuk menembusi SMA 50 hari dalam sesi dagangan Asia. Pasangan mata wang kini dilihat sedang membuat corak segitiga menaik, dan harga masih didagangkan di dalamnya. Di sebelah bawah, pasangan mata wang ini mempunyai sokongan yang terletak pada tahap 101.601, 101.40, dan 101.20. Pasangan mata wang ini akan menghadapi tekanan jualan hanya di bawah tahap 101.20 hingga ke tahap 101 dan 100.80. Hanya penutupan harian di bawah tahap 100.80 akan membolehkan pasangan mata wang ini memihak kepada aliran menurun, mengambil pesanan membeli semasa urusniaga harga rendah adalah merupakan strategi terbaik untuk dagangan jangka masa pendek.
Untuk aliran menaik, sekiranya pasangan mata wang ini berjaya menembusi pada athap 102.06, maka harga berpotensi untuk melonjak naik hingga mencecah pada tahap 102.30 dan 102.65. Sekiranya tahap ini ditembusi, maka kita akan dapat melihat harga mencecah pada tahap 103, 104.10 dan 105.50.