Utama Sebut harga Kalendar Forum
flag

FX.co ★ Analisis Teknikal USD/JPY untuk 19 Jun, 2014

parent
Analisis Forex:::2014-06-19T14:59:05

Analisis Teknikal USD/JPY untuk 19 Jun, 2014

Analisis Teknikal USD/JPY untuk 19 Jun, 2014

Huraian:

Pasangan mata wang USD/JPY ini diramalkan akan diniagakan dalam julat yang lebih rendah. Kadar harga bagi pasangan mata wang ini telah dilemahkan oleh  kadar hasil Perbendaharaan AS yang lebih rendah dan kelemahan sentimen dolar (Indeks Dolar Spot ICE terdahulu mencatatkan 80.41 berbanding 80.61 awal hari Rabu) selepas Rizab Persekutuan mengumumkan pengurangan sebanyak $ 10 bilion untuk program pembelian bon sebagaimana yang telah diramalkan, manakala tindakan lain Fed yang mencadangkan bank pusat agar tidak tergesa-gesa untuk menaikkan kadar faedah dan ditafsirkan sebagai masih sangat akomodatif. Dagangan pasangan mata wang USD/JPY ini juga telah dipengaruhi oleh jualan eksport Jepun. Tetapi kerugian USD/JPY adalah akibat daripada permintaan daripada pengimport Jepun dan rayuan 'safe haven' yen yang berkurangan dan juga dana pembiayaan perdagangan JPY sebagaimana sentimen risiko global bertambah baik (tolok ketakutan VIX susut 12.02% kepada 10.61; S & P 500 mencatatkan tahap tinggi pada harga 1.957,74 sebelum menutup naik 0.77% pada 1956,98 semalam) selepas pengerusi Fed, Yellen menawarkan penilaian yakin terhadap ekonomi Amerika Syarikat.


Ulasan Teknikal: 

Carta harian dilihat bercampur-campur sebagaimana MACD adalah aliran penurunan harga, walau bagaimanapun stokastik kini adalah neutral.

Cadangan Perdagangan:

Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 101.60 ; penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 101.45. Titik pangsi kekal berada pada tahap 102. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Bagi situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 102.10 dan sasaran kedua pada tahap 102.30.

Tahap Rintangan:
102.10
102.30
102.55

Tahap Sokongan:
101.60
101.45
101.15

Kongsi artikel ini:
parent
loader...
all-was_read__icon
Anda telah menonton semua penerbitan
terbaik pada masa ini.
Kami sudah mencari sesuatu yang menarik untuk anda...
all-was_read__star
Baru-baru ini diterbitkan:
loader...
Lebih baru-baru ini penerbitan...