EUR/USD: Pasangan mata wang ini telah berajaya menghasilkan isyarat 'membeli' pada minggu lalu. Walau bagaimanapun, kini kelihatan terdapat penurunan di dalam harga. Urusniaga harga rendah ini akan memberikan satu lagi peluang kepada para pedagang untuk membuka kedudukan menjual sebagaimana harga berpotensi untuk melantun naik dari sudut tersebut. Malah, harga telah membuat beberapa kali percubaan kenaikkan harga dan ia tidak terlalu lewat untuk menyertai.

USD/CHF: Pasangan mata wang USD/CHF telah menunjukkan isyarat 'menjual' pada minggu lalu. Walau bagaimanapun, kini kelihatan terdapat kenaikkan di dalam harga. Aliran kenaikkan harga ini akan memberikan satu lagi peluang kepada para pedagang untuk membuka kedudukan membeli sebagaimana harga berpotensi untuk menurun dari sudut tersebut. Malah, harga telah membuat beberapa kali percubaan penurunan harga dan ia tidak terlalu lewat untuk menyertai.

GBP/USD: Pasangan mata wang ini telah didagangkan dalam aliran menaik sejak beberapa sesi dagangan yang lalu. Dari wilayah pengumpulan 1.6700, harga telah melonjak naik sebanyak 350 pips, sekaligus menembusi wilayah pengedaran menaik pada tahap 1.7000 dan melanjutkan pergerakkan menaik dan menguji wilayah pengedaran seterusnya pada tahap 1.7050. Kini terdapat satu lagi penarikan semula penurunan harga - yang mana ia adalah normal untuk membolehkan harga bergerak naik lagi.

USD/JPY: Instrumen dagangan mata wang ini telah menyatakan isyarat kenaikkan harga yang selanjutnya, walau bagaimanapun sasarannya bukan dagangan jangka panjang. Anda boleh mengambil pesanan membeli dan menutup pesanan sebaik sahaja harga menembusi tahap bekalan yang terletak pada 102.50.

EUR/JPY: Pada hari Jumaat 20 Jun, 2014, pasangan mata wang EUR/JPY ini telah menutup pada tahap 138.81 dalam aliran menaik. Isyarat menaik adalah sah dan pergerakan di atas tahap permintaan di 138.50 akan menyokong kemungkinan harga untuk bergerak ke tahap yang lebih tinggi. Sasaran pertama dilihat terletak pada zon bekalan 139.00, selepas itu harga berpotensi untuk meningkat ke arah zon bekalan yang seterusnya pada tahap 139.50.
