Indeks Dollar telah berjaya menembusi sokongan yang terletak pada tahap 80.25 pada hari semalam dan kemudianya menembusi di atas rintangan jangka pendek pada tahap 80.35. Walau bagaimanapun, lantunan harga tersebut tidak cukup kuat untuk menolak indeks bergerak menuju ke arah rintangan utama di tahap 80.70.

Indeks Dollar meneruskan dagangan di bawah awan Ichimoku dan saya percaya bahawa indeks akan mengukuh secara mendatar sebelum pergerakkan penurunan harga yang ketara berlaku dan seterusnya membawa harga menuju ke arah tahap 80-79.90. Jika garisan aliran sokongan merah ini berjaya ditembusi oleh Indeks Dolar, maka kita akan menerima isyarat menjual bagi dagangan jangka pendek. Garisan aliran harga ini berada pada tahap 80.20.

Indeks Dollar perlu menembusi di atas tahap 80.70 bagi membolehkan aliran harga diterbalikkan. Untuk beberapa ketika, kini saya meramalkan bahawa indeks Dollar akan bergerak menuju ke arah awan Ichimoku pada asas harian ke arah 50% penarikan semula harga. Saya masih percaya bahawa pembetulan harga ini masih lagi belum berakhir dan kita perlu bersedia untuk pembetulan harga ke tahap yang lebih rendah lagi.